An-Nisa, dari Ayat 21~30
21. Dan bagaimana boleh sampai hati kamu ambil perempuan itu, pada hal telah
bersatu sebahagian kepada kamu kepada sebahagian, serta mereka yang jadi
isteri-isteri kamu itu telah mengambil perjanjian yang kuat dari kamu !.
22. Dan jangan lah kamu
berkhawin kepada perempuan-perempuan yang telah dikhawini olah bapa-bapa kamu,
kecuali apa yang telah lalu, kerana sesungguhnya yang demikian itu adalah satu
kejelekan dan satu kermurkaan dan satu jalan yang jahat.
23, Diharamkan atas kamu bernikah
dengan ibu-ibu kamu, dan anak-anak perempuan kamu, dan saudara-saudara
perampuan kamu, dan bapa-bapa kamu punya saudara perempuan, dan ibu-ibu kamu
punya saudara-saudara peremuan, dan saudara laki-laki kamu punya anak
perempuan, dan saudara-saudara perempuan kamu punya anak-anak perempuan, dan
saudara-saudara perempuan yang sesusu, dan isteri-isteri kamu punya
ibu-ibu, dan anak-anak tiri yang
dipangkuan kamu dari isteri-isteri yang kamu telah campuri, tetapi
sekiranya kamu tidak campuri mereka,
maka tidak ada halangan atas kamu, dan anak-anak lelaki kamu sendiri punya
isteri-isteri, dan diharamkan bahawa
kamu memadukan dua saudara, kecuali apa yang telah lalu, kerana sesungguhnya
Allah itu adalah pengampun, penyayang.
Juzuk ke 5
24. Dan diharamkan
atas kamu orang-orang yang bersuami dari perempuan-perempuan, kecuali
siapa-siapa yang dimiliki oleh tangan-tangan kanan kamu – sebagai satu
ketetapan Allah atas kamu, dan dihalalkan bagi kamu orang-orang lain dari yang tersebut
itu, buat kamu cari isteri dengan harta-harta kamu, pada hal berkhawin bukan
berzina, maka siapa-siapa yang kamu mahu campuri dari perempuan-perempuan itu,
hendaklah kamu beri kepada mereka mas khawin mereka sebagai satu kewajipan,
tetapi tidak mengapa kamu reda sesudah ketentuan, kerana sesungguhnya Allah itu
pengetahui, bijak sana.
25. Dan barang siapa dari antara kamu tidak mahu
berkhawin mukmin yang merdeka, maka ambillah dari yang dimiliki oleh tangan-tangan
kanan kamu dari budak-budak perempuan kamu yang mukmin, kerana Allah terlebih
mengetahui iman kamu, sebahagian dari kamu adalah dari sebahagian, maka
bernikahlah kepada mereka dengan izin ahli-ahli mereka, dan berilah mas khawin
mereka dengan cara yang baik lantaran mereka berkhawin, bukan berzina dan bukan
mengambil kekasih piliharaan, tetapi apabila mereka sudah berkhawin, kemudian
mereka mengerjakan kejahatan, maka adalah bagi mereka separuh dari azab yang
dikenakan atas perempuan-perempuan yang merdeka, yang demikian itu buat
orang-orang yang takut kepada zina dari antara kamu, tetapi bahawa kamu sabar
itu adalah terlebih baik buat kamu, dan sesungguhnya Allah itu pengampun,
penyayang.
26. Allah hendak menerangkan
kepada kamu, dan (hendak) menunjukkan kepada kamu cara-cara orang-orang yang
dahulu daripada kamu, dan hendak memberi ampun atas kamu, kerana Allah itu pengetahui, bijaksana.
27. Dan Allah hendak memberi
ampun atas kamu, tetapi orang-orang yang menurut hawa nafsu nya hendak supaya
kamu condong sungguh-sungguh daripada kebenaran.
28. Allah hendak meringankan
keberatan dari kamu, kerana manusia itu dijadikan bersifat lemah.
29. Hai orang-orang yang
beriman, janganlah kamu makan harta-harta kamu diantara kamu dengan batil,
kecuali adalah atas jalan perdagangan
dengan reda antara kamu, dan janganlah kamu bunuh diri-diri kamu kerana
sesungguhnya Allah itu adalah penyayang kepada kamu.
30. Dan barang siapa berbuat
demikian, dengan melanggar batas dan
anyanya, nescaya kami akan masukkan di neraka, dan adalah yang demikian itu
mudah atas Allah.
Sumber dari,
[] https://sites.google.com/site/sitinazifahsite/1/1
[] https://sites.google.com/site/sitinazifahsite/1/1
Following Twitter,
[] https://twitter.com/PantauJMC/status/659590630364938241